Rabu, 14 Julai 2010

wahai muslimah

Selautan pujian kuhamparkan kpd Yang Maha Esa kerana diri yang hina ini masih diberi peluang untuk terus mengecapi nikmat Iman & Islam. Selawat dan salam kukirimkan kepada kekasih Allah, Muhammad S.A.W,ahli keluarga dan para sahabat baginda serta seluruh muslimin & muslimat.

Bingkisan kali ini kupahatkan untuk tatapan semua terutama kaum muslimah sebagai satu perkongsian ilmu antara aku dan anda wahai pembaca budiman. Wahai muslimah, jadilah wanita yang paling bahagia..begitu indah ungkapan yang digarapkan oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Bicara yang cukup murni dan menyentuh hati..semoga kita terus terpandu ke jalan kebaikan.InsyaAllah.

Jangan anda merasa hina & jangan anda bersedih hati, pada perkara andalah orang yang beroleh kemenangan kerana ANDA AKAN MENJADI WANITA YANG PALING ANGGUN DI DUNIA.

Anda,dgn kecantikan yang anda miliki ternyata lebih cantik daripada matahari. Dgn akhlak anda,anda lebih wangi drpd minyak wangi.Dgn sikap tawadduk anda,anda lebih tinggi drpd bulan purnama.Dgn cinta anda,anda lebih segar drpd rintik gerimis. Oleh itu peliharlah kecantikan anda dgn keimanan,keredhaan dgn kepuasan dan kehormatan dgn hijab yg menutup aurat.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan