Sabtu, 31 Oktober 2009

Isnin, 19 Oktober 2009

sekeping hati

Ya Allah,
Hati ini pernah menangis mengigatiMU,
Mengharapkan keampunan dariMU,
Pimpinlah daku Ya Allah dengan cintaMU,
Moga aku terus mekar mewangi,
Dalam mihrab redhaMU.
Ya Allah,

“Andai aku tidak lagi berdaya menahan sebak di dada yang kian memuncak. Kau biarkanlah aku menangis agar jiwaku lebih tenang dalam memohon petunjukmu Ya Allah”

Jumaat, 16 Oktober 2009

Ya Allah,tabahkan hatiku...


Dalam Duka,
Kita berguru pada hujan,
Yang terus menyiram,
Arang hitam,
Dengan kesabaran,
Siang malam,
Kuncup-kuncup pun mekar,
Meneguhkan segala harapan.

PadaMU tuhan kuserah segala impian,
Moga ketetapanMU bisa kuhadapi,
Dengan hati yg tenang,
Beralaskan rahmat dan keampunan.

Dalam senyuman,
kita berdiri dengan kbahagiaan,
Semoga cerah mentari terus berkekalan.

22 Syawal 1430 Hijrah


Alkisah..
Sehari sebelum tarikh ini, aku telefon ke rumah. Seperti biasa ayahlah orang pertama yg menjawab panggilan. Selain untuk bertanyakan khabar ayah, sebenarnya aku nak bgth pd ayah bhw atuk kak ayu telah kembali ke rahmatullah pd hr Jumaat lalu bersamaan 20 Syawal 1430 Hijrah. Suara ayah yg ku anggap masih brtenaga tidak kuduga merupakan suara yg terakhir dpt kudengari. Tiada lagi suara ayah yg amat aku sayangi tuk hari2 yang mendatang.

Namun,ku akui bhw kasih syg aku tidak dpt mnandingi kasih syg Allah kpd hambaNya..akhirnya ayah selamat kembali kerahmatullah jam 9.30 mlm 22 Syawal 1430 Hijrah. Pemergian ayah meninggalkan seribu kenangan kepada kami skeluarga. Segala nasihat yg berguna,gelak tawa yg menceriakan suasana,senyuman manis pengubat duka ayah takkan kami lupa sampai akhir nyawa dgn izin Allah.Semoga ayah aman di sana dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Air mata yang mengalir di pipi ku biarkan ia terus menitis membasahi bumi..sebagai tanda aku redha dgn ketentuanNya.

"Tiap2 jiwa akan merasai mati. Dan ssungguhnya pd hr kiamat akan disempurnakan pahalamu. Sesiapa yg dijauhkan dr neraka dan dmsukkan ke dlm syurga maka dia telah beruntung. Kehidupn di dunia ini tdk lain hanyalah kesenangan yg mmprdayakn(ghurur)"
-Ali Imran:185-

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan tiba lagi..


"Bila datang malam pertama Ramadhan, syaitan dan jin dipenjara, pintu neraka ditutup hingga tiada terbuka, pintu syurga dibuka hingga tiada tertutup, para malaikat menyeru, “Wahai pemburu kebaikan! Sambutlah (Ramadhan), Hai para penderhaka! Kuranglah melakukan maksiat” Demi Allah, Dia bebaskan (orang beriman) dari pedihnya siksaan neraka dan ianya terjadi pada tiap-tiap malam”

pasrah segalanya

pernah hati ini terguris
dgn fitnah dan tohmahan yang menghiris
hingga terasa diri ini hina
kerana tiada siapa yang sudi membela
kutabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yamg menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditingggalkan mereka yang kupercayai
namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
kuserahkan segala padaMu Tuhan
yang Berkuasa Jua Mencipta
kerana Kau Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah, tidakku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala apa yang telah kumulai
Ya Allah Kau lindungilah aku
bekalkan daku dengan limpahan iman
agar tabah aku menghadapi dugaan
agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini ku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbit matahari pagi setelah
malamku berkalut benci
hiasilah diriku Ya allah
dgn limpahan iman & taqwa

Isnin, 27 April 2009

Sekeping rasa..


Di sini ada sekeping rasa
memugar sebuah ilusi

yang mencanai hati

membias seluruh perjalanan

tak terlangkah oleh masa

di hujung kondisi yang begitu panjang


Akukah yang begitu tega

menilai setiap tapak yang berjejak ini

atau sekadar menghiasi taman-taman

yang kian hangat terbakar
di musim dingin


Perjalanan apakah yang begitu panjang

melenguh seluruh langkah yang diatur

antara musim-musim yang berganti

resah dan rimas

bisikan sebuah bicara.


Apakah aku perlu bertukar arah

dalam meniti sebuah titi kehidupan

demi sebuah impian

yang pernah kulakar dalam lembaran semalam

Wanita Bagaikan...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi, para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu tersebut dari 4 aspek. Pertama: pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya). Kedua: semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga: semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil…

Isnin, 2 Februari 2009

Sabtu, 31 Januari 2009

Wahai kaum WANITA








...bersama kita amalkan....

Hadis abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum WANITA! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohan ampun. Kerana aku aku melihat kaum WANITAlah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.


Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum WANITA ang lebih ramai menjadi penghuni neraka?


rasulullah bersabda: Kamu banyak MENGUTUK & mengINGKARI SUAMI. Aku tidak lihat mereka yang kekurangan AKAL & AGAMA yang lebih menguasai pemilik akal, drpd golongan kamu.


Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal & agama itu?


Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan KEKURANGAN AKAL. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan KEKURANGAN AGAMA.

(Hadis Sahih Muslim)

Sahabat,ayuh kita persiapkan diri kita dengan segala macam kebaikan. Moga kita sentiasa berada pada sayap keimanan yang benar-benar tegar kpd hembusan angin kehancuran..damailah kita dengan mengigati Allah...

Friendship...

Friendship is like the sun above
That always shines brightly
Friendship is like the golden smile
That warms the coldest night
Friendship is the price of faithfulness and grace
And nothing in this world can ever take its place
Even a mountain made of gold
So don’t let fade away
huhu...

HuMoR

House wife: What can I do to stop my husband talking about his wife?
Counselor : Start talking about your next husband.

Moon : Dura, I saw a murder yesterday.
Dura : Who’s the murderer?
Moon : Malik Noor.He kill the mosquitoes.

Waitress : Hello, sir ! May I have take your order, please..
Zahari : Yes. Give me ABC please.
Waitress : And you sir?
Hamdan : err…DEFGHIJKL…okey.

Wani :Swimming is the best exercise. It’s keeping you slim and good for the figure.
Mimie : But, why ducks are short and fat?

MAY YOU BE HAPPY~ LAUGH AND THE WHOLE WORLD LAUGH WITH YOU.
CRY AND YOU CRY ALONE

Friendship..4ever

Friendship is like the sun above
That always shines brightly
Friendship is like the golden smile
That warms the coldest night
Friendship is the price of faithfulness and grace
And nothing in this World can ever take its place
Even the mountain made of gold
So don’t let fade away...