Sabtu, 10 Julai 2010

100% bertukar wajah

Bismillahirrahmanirrahim

Sejuta kesyukuran kupanjatkan kepada Allah s.w.t kerana akhirnya aku berjaya merubah hampir 100% blog ini kepada satu wajah baru. Semoga perubahan ini turut merubah diriku menjadi seorang baru..seorang yang hari ini dirinya lebih baik daripada semalam dan esok dirinya lebih baik daripada hari ini.InsyaAllah..satu pengharapan yang aku tanamkan ke dalam diri agar bisa melakar diri dengan keindahan serta keizzahan Islam secara keseluruhannya.

Impian yang menggunung ini aku pahatkan dengan penuh semangat & keazaman untuk terus thabat di jalanNya. Jalan yang Dia aturkan untukku bukanlah jalan yang dijanjikan dengan pelangi di sepanjang perjalanan, tetapi penuh dengan onak dan duri. Pelanginya akan kugapai di penghujung hidupku andai keikhlasan yang menjadi hamparan untuk setiap langkah yang kuatur. Ya Allah..hanya padaMu kuserahkan segalanya..aturkanlah kehidupanku, jangan enkau biarkan aku agendakan waktuku sendiri walau untuk sesaat.Amin Ya Rabb.

..hati berdebar sepanjang jari ini menekan keyboard.apakah mampu ku gapai syahid di penghujung hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan