Ahad, 31 Januari 2010

membina personaliti seorang pemimpin


Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan. Pemimpin itu sendiri yang mesti membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi pemimpin sekiranya dia memiliki sifat-sifat berikut:

1. Mementingkan diri sendiri: Orang yang begini menganggap ’status lebih penting dari jenis pekerjaan’

2. Berlengah-lengah: Orang yang suka melambat-lambat atau menangguh-kan kerja, orang-orang begini akan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil keputusan.

3. Kebiasaan yang sukar diubati (status quo): Orang yang berfikir bahawa kebiasaan-kebiasaan yang sukar hendak diubati adalah suatu yang biasa. Sikap mi boleh menjadi pendorong utama kepada kegagalan.

4. Mengingati kisah-kisah lalu: Mereka yang sentiasa hidup dalam kejayaan masa lalu akan tinggal dalam angan-angan untuk memperoleh kembali keadaan seperti itu semula.

Kalau anda mahu melatih diri untuk menjadi pemimpin anda mestilah:

1. Sanggup melakukan apa yang anda ingin lakukan.Untuk melatih diri jadi pemimpin cuba tidak ter-pengaruh dengan keputusan majoriti. Orang yang suka pada keputusan majoriti biasanya akan memuaskan orang lain dan kadang-kadang terpaksa mengenepikan diri sendiri. Untuk melatih diri menjadi pemimpin anda tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang ditentang oleh majoriti ada kebaikannya. Orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin perlu dapat melihat kebaikan dari idea yang ditentang.

2. Sanggup cuba membentuk personaliti walaupun sulit.Orang yang ingin jadi pemimpin perlu bercita-cita tinggi untuk jadi pemimpin. Perlu memilih azam yang kuat dan mengamalkan sikap bekerja kuat. Semangat mendorong diri sendiri harus datang dari dalam diri. Dorongan begini akan menolong mengatasi perasaan takut. Orang yang mempunyai dorongan dalam diri yang kuat tidak akan takut menghadapi dugaan.

3. PengetahuanSeorang pemimpin sebaik-baiknya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam bidang yang diceburinya. Pengetahuan yang luas boleh membantunya membuat keputusan yang bijak dan pertimbangan yang wajar.

4. Kemampuan untuk merancangKemampuan merancang projek pembantu bawahan adalah modal yang penting untuk mendapat pengikut. Keupayaan merancang juga menggambarkan kewibawaan dan daya mengawal pengikut sehingga pengikut dapat menurut arahan kita secara sukarela. Pemimpin yang baik mengutamakan ciri yang baik yang ada dalam diri pengikutnya, tidak berat sebelah dan membuka peluang orang bawahan menyampaikan pendapat dan pandangan.

5. Daya imaginasiSeorang yang ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai daya imaginasi yang positif dan membina. Ia harus mampu menjadi pelopor, penyelidik, pencipta dan jaguh. Daya imaginasi yang baik akan membolehkan seseorang menyelesaikan masalah secara paling baik dan paling efektif. Daya imaginatif dapat dipupuk dengan banyak membaca, mendengar dan menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif tidak menolak idea yang dikemukakan secara terburu-buru walaupun ia kelihatan kurang sesuai ketika itu, tetapi mungkin berguna pada masa hadapan.

6. Kuasa pemutusSetiap sesuatu keputusan yang diambil itu haruslah berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai. Keputusan perlu dibuat tanpa emosi. Keputusan itu mestilah keputusan yang terbaik dirasakan oleh pemimpin walaupun ada pendapat yang mengatakan keputusan itu kurang baik. Membuat keputusan memerlukan ketegasan, keyakinan dan keberanian dari dalam diri. Proses utama membentuk personaliti pemimpin ialah pengetahuan, kebijaksanaan, keadilan, kemuliaan, keakuan dan terhasillah kepimpinan agung. Pemimpin-pemimpin agung akan menilai sesuatu dalam kehidupannya secara paling agung. Misalnya seorang ahli falsafah agung, Earl Nightingale telah mengemukakan.