Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan tiba lagi..


"Bila datang malam pertama Ramadhan, syaitan dan jin dipenjara, pintu neraka ditutup hingga tiada terbuka, pintu syurga dibuka hingga tiada tertutup, para malaikat menyeru, “Wahai pemburu kebaikan! Sambutlah (Ramadhan), Hai para penderhaka! Kuranglah melakukan maksiat” Demi Allah, Dia bebaskan (orang beriman) dari pedihnya siksaan neraka dan ianya terjadi pada tiap-tiap malam”

pasrah segalanya

pernah hati ini terguris
dgn fitnah dan tohmahan yang menghiris
hingga terasa diri ini hina
kerana tiada siapa yang sudi membela
kutabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yamg menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditingggalkan mereka yang kupercayai
namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
kuserahkan segala padaMu Tuhan
yang Berkuasa Jua Mencipta
kerana Kau Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah, tidakku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala apa yang telah kumulai
Ya Allah Kau lindungilah aku
bekalkan daku dengan limpahan iman
agar tabah aku menghadapi dugaan
agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini ku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbit matahari pagi setelah
malamku berkalut benci
hiasilah diriku Ya allah
dgn limpahan iman & taqwa