Khamis, 28 Oktober 2010

..mangkuk, madu dan rambut..

Assalamualaikum w.b.t..

Kisah dan Tauladan.. Mangkuk yang cantik, Madu dan sehelai Rambut Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu :
Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah
SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu idangkan, sehelairambut terikut di dalam manguk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu Mangkukyang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang antik ini,orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih
susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, :
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
seorangraja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata:
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lbih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmuyangdimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali
pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata:
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan
mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata:
"seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata:
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta,dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku
adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". moga-moga ada imbalan dan pengajarannya...Insya-Allah



"Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri."

-copy paste dr blog seorg sahabiah-

Sabtu, 23 Oktober 2010

cairkan rasa ini

Alhamdulillah kerana sehingga ke saat ini kita masih lagi diberi ksempatan oleh Allah S.w.t untuk menghirup semaksimum mungkin O2 yang setia memenuhi setiap ruang-ruang kosong di bumi ini. Tanpa nikmat O2, kita tidak mungkin mampu bertapak di hamparan planet ke-3 ciptaanNya apatah lagi untuk bebas menggerakkan jari menekan keyboard seperti saat ini. Segala puji bagi Allah.

Di saat diri semakin hilang ketenangan, di saat jiwa hampir terkulai layu, di saat fikiran kian buntu, kupanjatkan doa agar Ya Latif cairkan kembali segumpal daging yng kian membeku agar tidakku kesesatan dalam pengembaraan mencari CintaNya.

Ya Allah..ssguhnya tiada kkuatan melainkan dtgnya drMu.teguhkanlah hatiku dgn AgamaMu walau apepun yg melanda diriku. Tabahkan hatiku..cekalkan jiwaku agar hidup ini mampu kutempuhi dgn sedaya upayaku,sepenuh hatiku..leraikanlah kekusutan di jiwaku..agar aku mnjadi insan yg bertaqwa kpdMu..andai ini adalah tarbiyyah dariMu, aku redha dgn ketentuanMu Ya Allah.kerana ku th tarbiyyah itu bukanlah segala2nya..tp segala2nya memerlukan tarbiyyah...sesungguhnya solatku,ibadaku,hidupku, matiku hnyalah untukMu. thank you Allah..

~siapa aku tanpa cintaMu~