Jumaat, 16 Oktober 2009

22 Syawal 1430 Hijrah


Alkisah..
Sehari sebelum tarikh ini, aku telefon ke rumah. Seperti biasa ayahlah orang pertama yg menjawab panggilan. Selain untuk bertanyakan khabar ayah, sebenarnya aku nak bgth pd ayah bhw atuk kak ayu telah kembali ke rahmatullah pd hr Jumaat lalu bersamaan 20 Syawal 1430 Hijrah. Suara ayah yg ku anggap masih brtenaga tidak kuduga merupakan suara yg terakhir dpt kudengari. Tiada lagi suara ayah yg amat aku sayangi tuk hari2 yang mendatang.

Namun,ku akui bhw kasih syg aku tidak dpt mnandingi kasih syg Allah kpd hambaNya..akhirnya ayah selamat kembali kerahmatullah jam 9.30 mlm 22 Syawal 1430 Hijrah. Pemergian ayah meninggalkan seribu kenangan kepada kami skeluarga. Segala nasihat yg berguna,gelak tawa yg menceriakan suasana,senyuman manis pengubat duka ayah takkan kami lupa sampai akhir nyawa dgn izin Allah.Semoga ayah aman di sana dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Air mata yang mengalir di pipi ku biarkan ia terus menitis membasahi bumi..sebagai tanda aku redha dgn ketentuanNya.

"Tiap2 jiwa akan merasai mati. Dan ssungguhnya pd hr kiamat akan disempurnakan pahalamu. Sesiapa yg dijauhkan dr neraka dan dmsukkan ke dlm syurga maka dia telah beruntung. Kehidupn di dunia ini tdk lain hanyalah kesenangan yg mmprdayakn(ghurur)"
-Ali Imran:185-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan